ARTIKEL

Kerajaan Sabah lancar minyak masak jenama sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAWAU: Hasrat kerajaan Sabah mengeluarkan minyak masak jenama sendiri tercapai hari ini menerusi pelancaran minyak sawit ‘Benta Enak Sedap Sehat’ (BESS) yang juga seiring usaha memastikan rakyat membeli produk itu pada harga berpatutan.

Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kilang Benta Edible Oil Sdn Bhd, anak syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd (BWSB) yang juga unit Yayasan Sabah, di sini.

Mohd Shafie menyifatkan kejayaan itu sebagai bersejarah berikutan kemampuan kerajaan negeri menerusi BWSB untuk memproses, membungkus serta memasarkan minyak masak pada harga berpatutan dan demi kemudahan rakyat.

“Kilang minyak masak di Tawau yang menelan kos RM3.5 juta termasuk dari segi kemudahan kelengkapannya, berupaya mengeluarkan 2,000 tan minyak masak sebulan dengan stoknya tidak hanya untuk pasaran Tawau tetapi juga di daerah lain.

“Pengeluaran BESS ini sekali gus membuktikan kerajaan dapat menunaikan janji dalam Pilihan Raya Umum lepas iaitu jika (Parti Warisan Sabah) mengambil tampuk pemerintahan, kita akan buat pembaharuan dari segi meletakkan Sabah sebagai negeri yang menjalankan industri hiliran,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Minyak masak BESS itu dijual pada harga masing-masing RM5 sebotol untuk saiz 1 kilogram, 2 kilogram (RM9 sebotol) dan 5 kilogram (RM20 sebotol).

Mengulas harga itu, Mohd Shafie berkata pihaknya masih menunggu kelulusan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna membabitkan subsidi minyak berkenaan.

“Jika kelulusan itu diterima, mungkin harga minyak BESS ini akan dikurangkan sehingga 30 peratus yang merupakan antara usaha kerajaan membantu rakyat membeli pada harga lebih berpatutan,” katanya.

Selain itu, Mohd Shafie berkata satu kawasan industri hiliran akan dibangunkan di tanah seluas 200 ekar (80.94 hektar) di Tawau tidak lama lagi bagi menempatkan usaha penghasilan produk seperti minyak masak, lilin, sabun serta kosmetik.

“Usaha ini membabitkan penggunaan beberapa teknologi Jepun. Oleh itu, kerajaan Sabah berhasrat menjalin usaha sama dengan pihak Jepun bagi mendapatkan manfaat itu, sejajar usaha negeri ini yang menumpukan penghasilan produk hiliran,” katanya.

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah