ARTIKEL

Datuk Seri R Ramanan (empat kiri) mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bergambar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Rumah-Rumah Ibadat Masyarakat India Tahun 2024 di Kalamandapam Hall hari ini.

Kerajaan salur bantuan RM3.17 juta kepada 90 rumah ibadat bukan Islam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyalurkan bantuan khas berjumlah RM3.17 juta kepada 90 rumah ibadat bukan Islam. 

Bantuan kepada wakil pengurusan 89 kuil dan sebuah gereja di seluruh negara itu disampaikan menerusi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan.

Ramanan berkata peruntukan itu bukan untuk memperbaiki kuil atau gereja, tetapi ia lebih kepada program membantu rakyat dan inisiatif lain, contohnya tuisyen atau bantuan kelas agama.

“Ia adalah peruntukan di bawah Kementerian Kewangan yang telah diluluskan Perdana Menteri, sekali gus menunjukkan komitmen beliau terhadap komuniti India,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Rumah-Rumah Ibadat Masyarakat India di Brickfields, hari ini. 

Ramanan berkata bantuan berkenaan sekali gus menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri meminggirkan masyarakat India di negara ini. 

Beliau berkata, walaupun Perdana Menteri tidak menyampaikan sumbangan tersebut sendiri, beliau sentiasa mengambil berat hal ehwal masyarakat India dan sering meminta pemimpin kaum itu untuk menjalankan amanah yang diberikan. 

“Kerja perlu dilakukan. Rakyat harus mendapat faedah.

“Isu sekarang mungkin kadang kita tak lihat beliau di pentas tetapi kami semua, termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbangsa India, kami semua menjalankan kerja dan amanah diberikan Perdana Menteri,” katanya.

Ramanan berkata sepanjang dua tahun pentabdiran Perdana Menteri, hampir RM300 juta telah diperuntukkan dalam pelbagai program bagi peningkatan sosioekonomi masyarakat itu, meliputi 275 inisiatif di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). 

Sejak Kerajaan MADANI ditubuhkan pada November 2022, MITRA telah berjaya menggunakan 100 peratus peruntukan MITRA pada  2023, dan 98.9 peratus pada 2024 untuk kesejahteraan dan kebajikan masyarakat India di negara ini, katanya. 

“Ini sama sekali berbeza daripada tahun sebelumnya, iaitu dari 2016 hingga 2022, dengan setiap tahun, banyak baki peruntukan tidak habis dibelanjakan oleh kerajaan terdahulu untuk pembangunan masyarakat India,” katanya. 

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar telah memberi peruntukan tambahan RM136 juta secara keseluruhan untuk komuniti India di negara ini menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), sekali gus membuktikan komitmen kerajaan memperkasa kaum India.

Perdana Menteri pada Sabtu menegaskan agar segala naratif berkaitan pemprofilan perkauman dalam isu pemberian bantuan dan usaha pembasmian kemiskinan tegar di negara ini dihentikan segera. – BERNAMA

BERITA LAIN

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)

BERITA TERBARU

Ruby Elite sasar PNGK 4.00 STPM 2027

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah menengah di Samarahan menyertai Program 4.00: Ruby Elite Siri 1 STPM 2027 bagi memperkukuh persediaan akademik dan