ARTIKEL

Kerajaan Sarawak ambil langkah proaktif urus sisa domestik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil langkah proaktif dalam mengurus sisa domestik dengan mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan selain mencari kaedah efektif bagi pengurusan sisa lebih mampan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Len Talif Salleh berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk meneroka penyelesaian jangka masa panjang termasuk menukarkan sisa kepada tenaga sebagai alternatif kepada amalan pelupusan sisa secara konvensional.

Sehubungan itu katanya, pihaknya akan menyediakan kertas dasar di bawah Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) bagi memastikan negeri ini menjadi pemacu kepada pengurusan sisa domestik.

Len berkata, tapak pelupusan sisa di Sarawak kian berkurangan sekiranya sisa pelupusan domestik tidak diurus dengan baik, malah ia juga tidak bersih.

“Apabila hujan lebat, sisa-sisa ini akan mengalir ke sungai dan masuk ke dalam sistem sungai kita.

“Ia akan menjejaskan hidupan sungai dan kita juga makan daripada sumber tersebut.

“Sebab itu Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menggunakan kaedah terbaik bagi memastikan kita dapat melupuskan dan dalam masa yang sama kita dapat menjanakan kuasa,” ujarnya.

Datuk Len Talif Salleh berucap pada Sambutan Hari Bumi Tahun 2025 peringkat Negeri Sarawak. Foto Ramidi Subari

Dalam masa yang sama beliau juga menekankan peranan semua pihak untuk bersama-sama mengurangkan pembuangan sisa domestik.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha