ARTIKEL

JOHN ILUS. PHOTO RAMIDI SUBARI

Kerajaan Sarawak dicadang lakukan semakan formula SST bagi kos pengeluaran minyak sawit mentah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadang melakukan semakan formula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi kos pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Semuja, John Ilus berkata, SST itu disarankan untuk dikenakan apabila MSM melebihi kos pengeluaran, berdasarkan julat harga dan bukannya kadar rata.

‘’Sejak 2020, SST lebih tinggi daripada keuntungan sebelum cukai (PBT) kerana ia dikenakan cukai di peringkat hasil; maka mengurangkan margin kilang kelapa sawit.

‘’Saya mencadangkan agar kadar SST semasa ditetapkan kepada 2.5 peratus apabila harga MSM antara RM3,500 dan RM3,999 satu tan, 3 peratus apabila harganya antara RM4,000 dan RM4,999 satu tan, 4 peratus apabila mencecah RM5, 000 hingga RM5,999 satu tan dan 5 peratus apabila harganya mencecah RM6,000 satu tan dan ke atas.

‘’Permintaan global untuk minyak sawit bersumber secara mampan semakin meningkat, kerana pengguna dan perniagaan semakin prihatin ke atas kesan alam sekitar sejajar piawaian persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG),’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada Perbahasan Atas Bacaan Kali Kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025, 2024 Dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Bagi 2025 di Persidangan DUN di sini, petang tadi.

Tambahnya, penurunan kadar SST membolehkan industri sawit memenuhi piawaian ESG melalui pelaburan dalam amalan mesra alam, pengurusan sisa dan pelibatan masyarakat.

‘’Dana boleh diarahkan kepada penyelidikan tentang amalan pertanian mampan, mengurangkan jejak karbon, memajukan ekonomi pekeliling dan memupuk perkongsian dengan komuniti tempatan untuk memastikan manfaat bersama daripada pertumbuhan industri,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha