ARTIKEL

Hasidah (tiga kanan) menyampaikan insentif SPM kepada salah seorang penerima yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Majlis Penangguhan Program Hari Bersama Komuniti Ngemah dan Biro Wanita SABERKAS, hari ini.

Kerajaan Sarawak komited pastikan rakyat dapat nikmati bantuan, kemudahan yang disediakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Kerajaan Sarawak komited memastikan semua rakyat di negeri ini dapat menikmati bantuan atau kemudahan yang disediakan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali .

Katanya, MA63 akan terus diperjuangkan agar negeri ini memperoleh lebih banyak pendapatan seperti tahun lalu.

“Jika pendapatan negeri banyak, maka ia akan diturunkan semula kepada rakyat di semua peringkat akar umbi.

“Buktinya, bantuan Skim Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang diterima oleh rakyat untuk membeli barangan keperluan terutamanya makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penangguhan Program Hari Bersama Komuniti Ngemah dan Biro Wanita Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) di Dewan Pejabat Daerah, di sini, hari ini.

RAKAM KENANGAN…Hasidah merakam kenangan bersama-sama yang lain dalam majlis tersebut.

Mengulas lanjut., katanya, pendidikan percuma juga diberikan kepada anak-anak Sarawak yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Jelasnya, ia melibatkan beberapa bidang tertentu dan semuanya ditanggung oleh kerajaan negeri.

Hasidah turut berkongsi beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melibatkan pelbagai peringkat umur seperti duit poket kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, bantuan warga emas, pembangunan fizikal dan sebagainya.

Hasidah turut menekankan pentingnya perpaduan dan sokongan daripada rakyat kepada kepimpinan kerajaan Sarawak dalam membantu melancarkan pembangunan yang dilaksanakan.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan insentif kepada 20 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang cemerlang.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha