ARTIKEL

Kerajaan Sarawak lulus RM71 juta bina ‘hostel’ bagi penyelidik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sejumlah RM71 juta bagi membina ‘TEGAS Digital Co-Living Nomad Lodge’ bersebelahan perkampungan digital di Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya di sini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bangunan itu sedang dibangunkan pada masa ini dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Katanya, fasiliti ini direka khas untuk para penyelidik dan pelajar yang sedang menjalankan kerja kajian di Perkampungan Digital TEGAS, memberi mereka kemudahan penginapan serta ruang untuk berehat.

“Kemudahan ini akan menjadi yang pertama seumpamanya di Borneo dilengkapkan dengan segala kemudahan yang diperlukan oleh para penyelidik.

“Ia bakal mempunyai gim untuk para penyelidik dan pelajar berehat dan memiliki studio kecil untuk aktiviti seni, kreativiti dan drama,” katanya selepas ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaTFair) 2023, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya perkampungan digital telah banyak melahirkan anak-anak Sarawak dalam mencipta aplikasi yang pintar.

Katanya, antara aplikasi yang berjaya dibangunkan adalah sistem lampu isyarat pintar yang mengguna pakai teknologi ‘Transit Signal Priority’ (TSP) bagi Transit Aliran Automasi (ART) Sarawak. 

“Sistem yang direka khas ini merupakan sistem pertama kali diperkenalkan di rantau Asia Tenggara.

“Justeru, di sini kita melihat bahawa anak-anak kita mempunyai bakat, tetapi mereka memerlukan tempat yang membolehkan mereka melakukan lebih banyak penyelidikan. Co-Living Lodge ini akan memberi mereka ruang dan fasiliti yang diperlukan,” katanya lagi.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU