ARTIKEL

Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM11 juta kepada sekolah Cina tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak memberikan geran berjumlah RM11 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sarawak tahun ini.

Bantuan itu diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam majlis makan malam Ulang Tahun Ke-35 Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian (Tunglian) serta Kutipan Derma Penempatan Semula SJK Chung Hua Bako di Dewan Alumni SJK Chung Hua No.3 di sini, semalam.

Daripada jumlah terbabit, Abang Johari berkata RM8 juta adalah untuk geran tahun ini kepada sekolah Cina di seluruh Sarawak.

Ia juga menyaksikan tambahan sebanyak RM1 juta daripada RM7 juta yang diberikan tahun lepas.

Sementara itu, Abang Johari berkata RM3 juta lagi adalah untuk dana menempatkan semula SJK Chung Hua Bako ke Taman Berlian, Kota Samarahan yang memerlukan kos RM6 juta.

Sumbangan itu sekali gus memenuhi dana yang diperlukan bagi projek berkenaan, setelah Persatuan Tunglian berjaya mengumpulkan sebanyak RM3 juta sebelum ini.

“Dengan ini, penempatan semula SJK Chung Hua sudah boleh dilaksanakan kerana dana sudah mencukupi.

“Bagi kerajaan Sarawak, kami membantu semua sekolah secara adil sama ada sekolah kerajaan, sekolah mubaligh atau sekolah Cina,” kataya.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah