ARTIKEL

Len Talif (tengah) pada sidang media sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Kerajaan Sarawak pertimbang laksanakan pemerdagangan buaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak mempertimbang melakukan pemerdagangan buaya bagi menggalakkan lebih ramai orang terlibat dalam aktiviti penakaian buaya di negeri ini. 

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata, inisiatif itu sebagai sebahagian daripada usaha menangani populasi buaya yang terus meningkat dan semakin membimbangkan. 

Menurutnya, walaupun lesen penakaian telah dikeluarkan, namun aktiviti itu masih tidak aktif disebabkan dilema dengan pantang larang khususnya melibatkan komuniti Melayu dan Dayak.

“Kita ingin melakukannya (perdagangan buaya)… inilah sebabnya kita ingin menggalakkan orang ramai mengambil bahagian (penakaian buaya) untuk terlibat dalam perdagangan.

“Namun ia masih memerlukan permit dan oleh itu, orang ramai tidak dibenarkan tangkap sembarangan (buaya) kerana kita masih mengawal penakaian buaya ini,” katanya pada sidang media sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam. 

Sehubungan itu,  Len berkata  kementeriannya bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Afrika Selatan serta Australia bagi mempelajari cara menangani masalah populasi buaya yang tinggi.

“Sebagai contoh, kita mahu belajar dari Kruger National Park di Afrika Selatan dalam menangani buaya manakala di Australia mereka telah mengeluarkan produk-produk berasaskan kulit buaya seperti tali pinggang, kasut dan beg,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC)  telah memberi 173 permit penakaian buaya namun bancian yang dibuat ke atas populasi buaya mendapati jumlahnya semakin meningkat daripada 13,500 pada 2014 kepada 24,000 pada tahun ini. 

Sementara itu, Len berkata aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara masa nyata yang dibangunkan SFC dengan kerjasama Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dijangka akan dilancarkan tahun depan.

Katanya menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC Zolkipli Mohamad Aton.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha