ARTIKEL

Kerajaan Sarawak tanggung kos kuarantin para guru.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kos kuarantin semua guru yang kembali semula ke negeri ini untuk mengajar sempena bermulanya sesi persekolahan tidak lama lagi akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, manakala bagi kos saringan Covid-19 untuk guru dan seluruh keluarga mereka akan dibayar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kita difahamkan lebih 4,000 para guru akan kembali semula ke Sarawak bermula hari ini dan mereka akan dikuarantinkan di tempat ketibaan masing-masing,” katanya pada sidang media hari ini.
Menurutnya, kemasukan semua guru ke Sarawak daripada Semenanjung, Sabah dan Labuan adalah wajib menjalani kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan selama 10 hari.
“Ujian RT-PCR akan diambil pada hari ke-2 dan hari ke-8 dan akan dibenarkan discaj pada hari ke-10 setelah keputusan ujian negatif.
“Mereka akan menyambung baki empat hari kuarantin di rumah,” ujarnya.
Tambahnya, sementara bagi guru yang melapor diri di kawasan pedalaman, mereka akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha