ARTIKEL

Kejadian mengakibatkan kerosakan pada bahagian belakang kereta. Foto Ibu Pejabat Polis Sarikei.

Kereta Mengundur Rempuh Tiang Kedai di Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seorang pemandu berusia 39 tahun berdepan detik cemas apabila kereta jenis Toyota Vios yang dipandunya secara mengundur merempuh tiang sebuah bangunan kedai di Jalan Masjid Lama, awal pagi tadi.

Kejadian yang tular di Facebook itu berlaku sekitar 7 pagi berhampiran kawasan lot kedai berhadapan bangunan Sports Toto.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata, siasatan awal mendapati insiden tersebut berlaku ketika pemandu terbabit sedang mengundur kenderaan untuk keluar dari kotak tempat letak kereta.

Bagaimanapun, tayar hadapan kereta dipercayai tersangkut pada simen penghadang jalan, menyebabkan pemandu berkenaan menekan pedal minyak dan secara tidak sengaja mengundur dengan laju.

“Akibatnya, kenderaan tersebut melanggar tiang bangunan kedai berkenaan sehingga menyebabkan kerosakan serius pada bahagian belakang kereta serta kerosakan pada struktur tiang,” katanya.

Aswandy berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas.

Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Mustaqim di talian 010-442 7240.

Dalam pada itu, pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya demi memastikan keselamatan diri serta pengguna lain.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha