ENGKILILI: Sebuah Perodua Kancil remuk di bahagian hadapan selepas terlibat dalam kemalangan kendiri berhampiran simpang Engkilili, hari ini.
Bagaimanapun, keadaan pemandu serta penumpang tidak dapat dipastikan ekoran sudah dikeluarkan oleh orang awam.
Difahamkan, mangsa terus dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Engkilili untuk tindakan lanjut.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, pasukan Charlie dimaklumkan tentang insiden kira-kira jam 2.10 petang.
Pasukan yang diketuai PBK II Mosihi Bujang cuma membuat pemeriksaan kenderaan yang remuk di bahagian hadapan ekoran mangsa sudah tiada di dalam kenderaan.
“Kita membuat pembersihan tumpahan minyak di lokasi.
“Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati melalui kawasan kejadian,” katanya.



