ARTIKEL

TERBALIK…Keadaan kereta yang dinaiki oleh mangsa di lokasi kejadian.

Kereta terbalik, lima individu selamat dalam kemalangan di Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Lima individu selamat apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan dalam insiden kemalangan yang berlaku di Kampung Selantik Sri Aman, kira-kira 11.38 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan mengesahkan, kelima-lima mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan operasi bomba di lokasi kejadian.

“Dua mangsa wanita dibawa terus oleh ambulans Klinik Pantu untuk mendapatkan rawatan awal.

“Tiga lagi mangsa dihantar ke Hospital Sri Aman, dua daripadanya iaitu seorang lelaki dan seorang wanita ditempatkan ke unit kecemasan hospital, manakala seorang lagi ditempatkan di unit rawatan biasa,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, punca kemalangan dipercayai kenderaan hilang kawalan berikutan cuaca hujan.

Kenderaan terbabit dalam keadaan terbalik ketika ditemui awal oleh orang awam.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi seterusnya membantu memberikan rawatan awal kepada mangsa.

Pasukan turut membantu menghantar mangsa ke pusat rawatan selain memastikan lokasi kejadian selamat.

BANTU…Salah seorang mangsa dibantu oleh pasukan penyelamat bomba.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,