ARTIKEL

Kredit: Brooke Museums

Keringkam ubah haluan hidup bekas pelatih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seni keringkam membuka lembaran baharu buat Mohammad Fizal Yussop, 21, selepas beliau menamatkan tempoh pemulihan di Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo, Kuching.

Menurut Bernama, anak muda dari Kampung Semariang itu mempelajari sulaman warisan Sarawak berkenaan selama kira-kira 18 bulan dan kini meneruskannya sebagai pelatih penyulam muda.

Walaupun berdepan kesukaran pada peringkat awal, beliau berjaya menguasai kemahiran itu hasil latihan berterusan dari Mei 2023 hingga Februari 2025.

Mohammad Fizal kini mengikuti Program ASPIRE kendalian Muzium Brooke dengan sokongan Yayasan Hasanah bagi memperkukuh kemahiran serta merancang masa depan yang lebih stabil.

Program itu turut melibatkan 49 pelajar dari institusi pemulihan dan perlindungan di Sarawak bagi melahirkan penyulam baharu, sekali gus memastikan seni keringkam terus dipelihara daripada pupus.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha