ARTIKEL

Kerja keras, bercakap benar azimat SUPP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mengekalkan dan memenangi banyak kerusi adalah bukti kerja keras parti SUPP yang sentiasa bercakap benar daripada meraih publisiti murahan dan bukannya menipu rakyat.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, kemenangan di Tanjong Datu, Bukit Assek dan Pelawan membuatkannya percaya bahawa jujur dan bekerja keras adalah amat penting daripada terus menipu rakyat.

“Anda sendiri boleh melihat sendiri sentimen rakyat yang amat marah terhadap beberapa ahli pembangkang di kawasan berkenaan.

“Di kerusi biasa yang kita selalu kalah sehingga 3,000 atau 4,000 undi, kini hanya kalah beberapa ratus sahaja.

“Ini membuktikan satu anjakan jelas bahawa rakyat Sarawak khususnya masyarakat Cina enggan menerima pemimpin yang tidak menepati janji dan tidak menjalankan tanggungjawab,” katanya semasa ditemui pemberita di sini, hari ini.

Kui Hian turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Dun Opar kerana memberi peluang kepada SUPP menerajui kawasan terbabit.

Jelasnya, walaupun beberapa kerusi gagal dirampas semula namun margin kerugian SUPP adalah sangat kecil.

“Banyak perkara yang perlu dilakukan kerana rakyat telah memberikan mandat dan memberi kepercayaan kami untuk lima tahun akan datang.

“Saya berjanji akan terus memantau dengan teliti manifesto kerana politik adalah untuk jangka masa panjang bukan publisiti semata-mata,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha