ARTIKEL

Lee ketika berucap pada ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini. 

Kerja naik taraf gudang MASKargo telah dimulakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerja menaik taraf gudang Malaysia Airlines Cargo (MASkargo) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) telah dimulakan dengan anggaran kos kira-kira RM2.5 juta.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin, projek naik taraf ini penting bagi meningkatkan kecekapan pengendalian kargo, kapasiti penyimpanan, aliran kerja operasi serta kualiti perkhidmatan di LTAK.

“Penambahbaikan infrastruktur kargo ini amat kritikal memandangkan kargo udara terus memainkan peranan penting dalam menyokong ekonomi Sarawak, khususnya bagi import dan eksport barangan elektronik, barangan mudah rosak, farmaseutikal, produk e-dagang dan barangan sensitif masa.

“Kerajaan Sarawak mengalu-alukan pelaburan berterusan dalam kemudahan kargo lapangan terbang sebagai sebahagian daripada strategi lebih luas untuk meletakkan Kuching sebagai hab penerbangan dan logistik serantau bagi Borneo serta rantau sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Kim Shin berkata, antara pengendali utama kargo dan penghantaran yang kini menyokong operasi kargo udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ialah MASkargo, AirAsia Cargo/Teleport, Raya Airways, Kargo Xpress (Mjets), My Indo Airlines, Sin-Kung Airways, Air Cargo Express dan Ascend Airways Malaysia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat