ARTIKEL

Kerja pembinaan jejambat Bintulu perlu dipercepat, tegas Alexander

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, melahirkan rasa kecewa terhadap kelewatan projek pembinaan jejambat yang menghubungkan Jalan Medan Jaya dan Jalan Tun Hussein Onn di sini, yang masih belum disiapkan sepenuhnya walaupun sepatutnya telah siap mengikut jadual asal.

Beliau berkata, kelewatan berpanjangan projek berkenaan amat dikesali memandangkan jejambat itu merupakan antara infrastruktur penting bagi melancarkan aliran trafik serta memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

“Saya berterus terang, projek ini memang sepatutnya sudah siap lama. Namun sehingga kini, ia masih belum disiapkan sepenuhnya dan kemajuannya jelas ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan Kuarters Guna Sama Persekutuan Bintulu antara Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Datuk Ir. Jasmi Wahab dengan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Shukor Mahmood serta Pengarah Saratech Sdn. Bhd., Wilfred Chai Hung Han, di sini, Sabtu petang.

Menurut Alexander, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkaitan yang memantau pelaksanaan projek itu, tahap kemajuan masih belum memuaskan walaupun beberapa langkah penambahbaikan telah dibincangkan sebelum ini.

Katanya, setakat ini peratusan sebenar kemajuan projek masih belum dimuktamadkan, namun kelewatan yang berlaku perlu diberi perhatian serius agar tidak terus menjejaskan kepentingan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak kontraktor dan agensi pelaksana supaya mempercepatkan kerja-kerja pembinaan serta meningkatkan pemantauan bagi memastikan projek berkenaan dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU