ARTIKEL

Kerja sekolah tidak siap, ayah denda anak jadi pengemis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHINA: Seorang ayah di Shanghai, China mendapat kecaman orang ramai selepas dia dikatakan mendenda anaknya yang tidak menyiapkan kerja rumah dengan menyuruhnya mengemis di sebuah stesen kereta api.

Perbuatannya terbongkar selepas polis menerima panggilan kecemasan membabitkan seorang budak lelaki yang membawa bersamanya beg sekolah sedang melutut dan mengemis makanan di sebuah stesen kereta api.

Sebaik sahaja pihak polis sampai di situ, mereka menemui budak lelaki berusia 10 tahun memegang mangkuk dan meminta makanan daripada orang ramai.

Apabila ditanya bagaimana dia boleh datang ke situ, kanak-kanak itu memberitahu ayahnya memberinya mangkuk itu dan meninggalkannya di stesen itu.

Dia mengarahkan anaknya meminta makanan daripada orang ramai yang lalu lalang di situ sebagai hukuman kerana tidak menyiapkan kerja rumahnya.

Menurut kanak-kanak itu gurunya menghubungi ayahnya dan memberitahu perkara itu kepadanya. Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke balai polis dan diberikan makanan dan minuman.

Mereka menghubungi ibunya yang datang mengambilnya kira-kira sejam kemudian. Ibunya memberitahu ayah kanak-kanak itu marah dengan anaknya dan mengambil keputusan menghukumnya biarpun dia tidak setuju dengan perbuatan suaminya itu.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan