ARTIKEL

Karim ketika sidang media di pejabatnya di bangunan Baitul Makmur II, Petra Jaya hari ini.

Kerja ubah suai Dewan Suarah Kuching tidak lewat – Karim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerja pengubahsuaian khususnya pada bahagian bumbung menara di Dewan Suarah Kuching mendahului jadual, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Katanya dakwaan bahawa projek itu lambat adalah tidak wajar kerana kerja-kerja berkenaan sudah hampir selesai, seperti yang disasarkan – siap pada awal tahun ini.

“Saya tidak tahu siapakah yang kata ia lambat, tetapi sepanjang kementerian saya menguruskan projek ini, saya sangat gembira dan nampak bumbung dan sebagainya sudah selesai,” katanya sempena sidang media Borneo 100 Triathlon 2026 di pejabatnya di bangunan Baitul Makmur II, Petra Jaya hari ini.

Menjelas lanjut, Karim berkata kementeriannya memandang serius kerosakan pada bahagian bumbung menara Dewan Suarah Kuching.

Katanya ia disebabkan kejadian bumbung menara tersebut diterbangkan oleh angin kencang dan terjatuh di rumah penduduk berhampiran, sekali gus menimbulkan kebimbangan ke atas keselamatan orang awam.

“Itulah sebabnya kami mempercepat projek itu dan anda dapat melihat seluruh bumbung telah ditutup.

“Saya ingin berkata bahawa itu sudah cepat, bukannya lambat,” tegasnya.

Justeru, Karim yakin apabila siapnya kerja pengubahsuaian tersebut, Dewan Suarah Kuching akan kembali menjadi sebuah tempat yang ikonik di bandar raya ini seperti pada suatu ketika dahulu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan