ARTIKEL

Kunjungan rasmi Program Latihan Darat + Kru Kabin yang dijalankan oleh CENTEXS. GAMBAR: CENTEXS COMMERCIAL

Kerjasama CENTEXS dan Batik Air buka peluang kerjaya penerbangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Latihan Darat dan Kru Kabin yang dilaksanakan buat julung kali di Sarawak dijangka memberi manfaat besar kepada golongan belia dengan membuka peluang baharu dalam kerjaya penerbangan.

Menurut CENTEXS Commercial, program tersebut merupakan kerjasama sulung antara CENTEXS dan Batik Air sebagai langkah memperkukuh jaringan strategik yang membolehkan peserta menjalani latihan relevan dengan keperluan industri. 

“Program ini juga akan meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam sektor penerbangan dan perkhidmatan berkaitan pada masa hadapan,” katanya menerusi satu hantaran Facebook, hari ini. 

Menurutnya, peserta akan mengikuti latihan Kru Kabin yang menekankan aspek keselamatan, perkhidmatan pelanggan dan piawaian industri. 

“Selain itu, Latihan Darat atau Pengendalian Darat memberi pendedahan kepada operasi darat seperti pengurusan penumpang, bagasi dan tugasan sokongan di lapangan terbang. 

“Hanya mereka yang berjaya melepasi ujian dan pensijilan akan layak berkhidmat sebagai pramugari atau pramugara,” jelasnya. 

Tambah kenyataan itu, kunjungan rasmi program tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Datuk Syeed Mohd Hussien Wan Abd Rahman bersama Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri manakala Batik Air pula diwakili Pengurus, Datuk Kapten Francis Ch’ng H.K. 

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah