ARTIKEL

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (kiri) menerima cenderahati daripada Pengerusi MATTA Sarawak, Oscar Choo.

Kerjasama erat MATTA-Kerajaan Sarawak kukuh jenama negeri sebagai destinasi pelancongan utama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerjasama erat Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sarawak bersama Kerajaan Sarawak mengukuhkan lagi jenama negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata kerjasama erat ini dapat dilihat melalui kemajuan positif dalam peningkatan ketibaan pelawat dan kepelbagaian produk pelancongan.

“Pelancongan adalah usaha kolektif, dan dengan bekerjasama, kita boleh membuka potensi yang lebih besar untuk Sarawak.

“Kita menggalakkan pemain industri untuk terus menjalin perkongsian, meneroka pasaran baharu, dan memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan pengalaman pelawat,” katanya.

Abdul Karim (lima kiri) melaksanakan acara menggaul ‘yee sang’ bersama tetamu kehormat lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Chap Goh Mei anjuran MATTA di Hotel Imperial di sini semalam.

Tambah Abdul Karim, Sarawak mempunyai pelbagai tawaran pelancongan yang menarik, seperti taman negara yang tersenarai dalam UNESCO, festival kebudayaan, pelancongan pengembaraan, dan ekopelancongan.

Jelasnya, kemampanan dan inovasi meletakkan Sarawak sebagai destinasi peringkat teratas di rantau ini.

“Kerajaan akan terus menyokong inisiatif pelancongan yang mampan, mengekalkan warisan semula jadi, budaya orang asal, dan kepentingan masyarakat tempatan, dalam mendapat manfaat daripada pertumbuhan industri,” jelasnya.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

Samarahan mara ke final

PIALA PREMIER 2026 BINTULU: Samarahan mengesahkan tempat ke final Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan juara bertahan, Bintulu dengan agregat 4-2. Finalis musim lalu itu