ARTIKEL

Kerjasama mantap sekolah, polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Pelaksanaan program Jom Ke Sekolah adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang lebih mantap pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

Pengarah Pendidikan Sarawak Dr Azhar Ahmad berkata, jalinan yang mantap antara dua-dua pihak dapat memastikan disiplin murid lebih terkawal selaras dengan konsep sekolah selamat dan amalan guru penyayang.

Menurutnya, Perdana Menteri merangkap pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasrat beliau agar kita memiliki nilai hidup yang baik untuk berjaya dalam kehidupan.

Tambah Azhar, adalah perlu agar semua murid dididik untuk mengamalkan nilai hidup yang baik sejak di peringkat rendah lagi. “Nilai hidup yang baik yang dijadikan amalan seharian, akan membentuk budaya mulia dalam kehidupan,” jelasnya pada Program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri Tahun 2020 di SMK Lundu semalam.

Beliau turut memberitahu, bagi mencapai hasrat tersebut, kerjasama antara KPM dengan PDRM melalui PPS sentiasa diperkasakan untuk menjadikan sekolah sebagai kawasan selamat dan ceria kepada semua murid.

Kata Azhar, KPM mengharapkan bukan sahaja murid dapat menikmati rasa selamat apabila berada di sekolah, ibu bapa dan semua pihak berkepentingan turut merasai perasaan tersebut setiap kali berada di sekolah.

“Pendidikan perlu menjadi solusi kepada masalah-masalah sosial yang berkemungkinan berlaku sekiranya anak-anak tidak dihantar ke sekolah.

“Perdana Menteri menyatakan bahwa Pengajaran dan Pembelajaran penting kerana ia merupakan masalah yang dihadapi dalam kehidpun kita.  “Jika kita memiliki cukup ilmu pengetahuan dan kecekapan maka kebolehan kita untuk mengatasi cabaran hidup akan menjadi lebih baik,” ujar Azhar.

Pada masa yang sama, beliau berkata, KPM berharap kita semua dapat memperkukuh kerjasama dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada anak bangsa, demi masa depan yang lebih gelimang.

Sehubungan dengan itu, Azhar menyeru kepada semua pihak untuk memberi sokonngan kepada KPM dalam mengendalikan program atau aktiviti pendidikan di pelbagai peringkat termasuk peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pada majlis yang sama, Azhar turut melancarkan Buku Panduan PPS bagi kegunaan sekolahsekolah dan PPS sendiri. Turut hadir pada program itu, Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Sarawak, Supritenden Roselina Daud dan Pengetua SMK Lundu, Adzudin Manterang.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha