ARTIKEL

Abang Johari menerima cenderahati daripada Pengerusi China Jiangsu International Economic Technology Cooperation Group Ltd, Song Qinbo ketika lawatan di ibu pejabat CJI, Nanjing bagi menyaksikan upacara pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja antara PETROS dan CJI serta Memorandum Persefahaman (MoU) antara dua entiti itu dengan tujuh pelabur, hari ini. Turut kelihatan Ibrahim Baki (tiga kanan), Pengerusi PETROS Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETROS Dato Janin Girie (kanan). - Foto TVS

Kerjasama PETROS-CJI lonjak Sarawak ke arah hab rendah karbon terulung ASEAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NANJING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan kerjasama antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan China Jiangsu International (CJI) dalam pembangunan Hab Rendah Karbon Kuching (KLCH) sebagai langkah strategik yang berupaya melonjakkan kedudukan Sarawak sebagai hab perindustrian rendah karbon terkemuka di ASEAN.

Menurut beliau, melalui kerjasama itu, Sarawak diyakini mampu menarik lebih banyak syarikat berprofil tinggi dari China untuk menempatkan operasi mereka di wilayah ini.

Abang Johari bercakap dengan Naib Gabenor Jiangsu Ma Shiguang ketika sesi dialog dengan Kerajaan Wilayah Jiangsu di Xikang Guesthouse, hari ini.

“Jadi ini adalah satu kerjasama yang sangat berjaya antara PETROS dan Jiangsu, dan kita berharap ia akan melonjakkan kedudukan Sarawak sebagai kawasan yang sangat penting di ASEAN.

“Seperti yang saya katakan, matlamat kita ialah menjadi bintang ASEAN, dengan kekuatan air, kekuatan gas dan juga modal insan kita,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan upacara pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja antara PETROS dan CJI serta Memorandum Persefahaman (MoU) antara dua entiti itu dengan tujuh pelabur yang berlangsung di ibu pejabat CJI di sini, hari ini.

Justeru, Abang Johari berkata melalui tujuh MoU yang ditandatangani dengan pelbagai syarikat dalam sektor ekonomi hijau itu, Sarawak berpotensi menerima pelaburan lebih US$7 bilion (lebih RM20 bilion) dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Pelaburan ini akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan, termasuk pekerjaan berkemahiran tinggi, sejajar dengan usaha meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat Sarawak,” ujar beliau.

Menurutnya, suntikan pelaburan besar itu juga akan membantu meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak, seterusnya menyokong pencapaian sasaran RM282 bilion menjelang 2030.

Selain itu, Abang Johari berkata Sarawak juga bersedia bekerjasama dengan Jiangsu dalam pembangunan modal insan melalui universiti teknikal bertaraf tinggi di wilayah tersebut.

Beliau berkata, selaras dengan dasar pendidikan percuma yang diberikan Kerajaan Sarawak, pelajar Sarawak boleh dihantar ke Jiangsu sebagai pelatih industri pada tahun ketiga pengajian sebelum kembali bekerja dalam industri yang bakal beroperasi di Sarawak.

“Ini akan memberikan manfaat besar kepada Sarawak dari segi tenaga kerja teknikal mahir,” katanya.

Sementara berhubung sesi dialog bersama Kerajaan Wilayah Jiangsu di Xikang Guesthouse, Abang Johari berkata ia membuktikan kedua-dua pihak mempunyai platform bersama yang kukuh untuk memperluas kerjasama strategik.

“Kami telah mengadakan dialog yang sangat bermanfaat dengan Kerajaan Wilayah Jiangsu, nampaknya kami mempunyai platform yang sama khususnya dalam aspek latihan dan perkongsian kepakaran,” katanya.

Menurut beliau, Jiangsu merupakan antara wilayah paling maju di China, termasuk dengan kejayaan Taman Perindustrian Suzhou yang dibangunkan bersama Singapura.

Pada masa yang sama, katanya kerjasama Jiangsu dan Sarawak juga memiliki keunikan tersendiri serta nilai tambah yang berbeza.

“Dengan persefahaman antara Kerajaan Jiangsu dan kerajaan kita, saya percaya ia akan memperkasakan apa yang telah kita rancang menjelang 2030.

“Malah ia boleh melangkaui 2030, yang sangat penting untuk generasi muda kita,” katanya.

Beliau menjelaskan strategi pembangunan Sarawak dirangka bagi mempersiapkan golongan muda menjadi pemain utama dalam peralihan kepada ekonomi rendah karbon dan ekonomi hijau.

Dalam masa yang sama, Abang Johari berkata Sarawak turut melihat peluang besar dalam kerjasama pengurusan sisa dengan Jiangsu, memandangkan wilayah itu mempunyai kepakaran tinggi dalam penggunaan teknologi moden untuk menukarkan sisa kepada sumber bernilai.

“Kita baru sahaja meluluskan undang-undang mengenai pengurusan sisa. Mereka (Jiangsu) sangat mahir dalam bidang ini menggunakan teknologi moden untuk menukarkan sisa. Seperti yang saya katakan, jangan sia-siakan sisa, jana nilai daripada sisa,” ulasnya.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil