ARTIKEL

Kerjasama SAFHIS-UNIMAS majukan penjagaan kesihatan, penyelesaian undang-undang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: ‘Sarawak Foreigners Health Information System’ (SAFHIS) bangga dapat menyokong acara ‘From Ethics to Evidence: Mastering Medicolegal Challenges in 2025’ anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 18 Februari lalu.

SAFHIS menaja 50 pelajar perubatan tahun akhir daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam acara tersebut di samping profesional perubatan dan doctor berpengalaman.

“Program ini menyediakan peserta dengan gambaran keseluruhan kerangka kerja undang-undang yang mengawal amalan perubatan, meliputi topik penting seperti perundangan utama, kawal selia, dan prinsip bioetika,” menurut satu kenyataan SAFHIS hari ini.

“Perhatian khas diberikan kepada keizinan bermaklumat, kecuaian klinikal, dan pertimbangan etika dalam penyelidikan perubatan.”

Kursus ini turut meneroka implikasi daripada kegagalan untuk mendapatkan keizinan bermaklumat.

Tujuan pelibatan SAFHIS dalam program ini adalah untuk memupuk kefahaman yang lebih mendalam tentang kaitan antara undang-undang dengan etika dan amalan perubatan.

Tiga perkara ini amat penting dalam usaha menyediakan golongan profesional penjagaan kesihatan pada masa hadapan untuk menangani cabaran yang mungkin mereka hadapi dalam karier mereka.

“Pengetahuan sedemikian amat penting untuk memastikan standard tinggi bagi industri perubatan di Sarawak,” ujar kenyataan berkenaan.

SAFHIS juga menyumbang sebagai sebahagian daripada Pendekatan Transformasi Pekerja Asing (FWTA) yang berkuat kuasa pada Januari lalu.

FWTA merupakan sistem yang direka khas untuk menambah baik pengurusan dan kawal selia ke atas pekerja asing, bagi meningkatkan ketelusan, kecekapan dan kepatuhan kepada undang-undang buruh.

Pada masa sama, ia memastikan amalan buruh beretika dan kebajikan pekerja dijaga.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah