ARTIKEL

Kerjasama strategik antara SAINS dengan Bluesify perkasa keselamatan siber di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) dan Bluesify Solutions Sdn. Bhd. (Bluesify) telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) pada hari ini bagi memperkukuh keupayaan keselamatan siber dan mempercepat pembangunan bakat tempatan di Sarawak.

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Busiai Seman dan Pengarah Urusan Bluesify, Izman Ibrahim dengan disaksikan oleh Pengerusi SAINS, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam.

Menurut George Chan, kerjasama SAINS dengan Bluesify Solutions pada hari ini merupakan satu langkah strategik yang akan mengukuhkan keupayaan keselamatan siber Sarawak.

“MoU ini merupakan satu tunjang utama dalam membina ekosistem digital yang berdaya tahan dan diyakini.”

“Melalui kerjasama ini, kita akan melaksanakan penyelesaian pengesanan dan tindak balas siber yang canggih dengan memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan dan automasi untuk menyediakan tahap pengesanan ancaman yang menyeluruh di samping mengutamakan kedaulatan data, keselamatan dan pematuhan kepada peraturan,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Tambah beliau, usaha ini sejajar dengan aspirasi Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang mengiktiraf keselamatan siber sebagai aspek penting kepada pertumbuhan ekonomi, inovasi dan kepercayaan digital.

“Dengan meningkatkan daya tahan siber dan keupayaan tenaga kerja, kita akan mempercepatkan perjalanan Sarawak ke arah sebuah ekonomi yang selamat, mampan dan maju secara digital, serta bersedia merebut peluang dalam era pasca pandemik,” ujarnya.

Melangkah ke hadapan, katanya, SAINS kekal komited dalam memacu masa depan digital Sarawak, menyokong pembangunan mampan dan memacu pertumbuhan inklusif menerusi teknologi inovatif.

Manakala Busiai Seman menyatakan bahawa MoU tersebut akan memperkukuh keselamatan siber yang bukan sekadar keperluan teknikal, malah menjadi keutamaan strategik.

Kerjasama ini katanya membolehkan SAINS mengambil tindakan segera dalam mempertingkat pertahanan siber dan bakat tempatan.

Pengarah Urusan Bluesify, Izman Ibrahim pula menyatakan penghargaan kerana menjadi sebahagian daripada inisiatif strategik bersama SAINS itu.

“Di Bluesify, kami melihat kerjasama ini sebagai peluang untuk menyumbang secara bermakna kepada landskap keselamatan siber Sarawak.”

“Dengan bekerjasama, kami berharap dapat menyokong penggunaan penyelesaian keselamatan siber yang praktikal serta membangunkan bakat tempatan yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan,” tambahnya.

MoU ini menandakan langkah penting bagi SAINS dan Bluesify dalam menangani cabaran keselamatan siber semasa sambil merangka asas untuk daya tahan digital jangka panjang di Sarawak.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha