ARTIKEL

Kerugian negara kira-kira RM63 bilion sepanjang PKP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jumlah kerugian negara ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik Covid-19 ialah kira-kira RM63 bilion setakat ini.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, setiap hari negara mengalami kerugian kira-kira RM2.4 bilion sepanjang tempoh PKP.

“Jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, negara kita akan kerugian RM35 bilion menjadikan jumlah keseluruhannya RM98 bilion.

“Pada masa yang sama, ramai juga yang bimbang jika PKP ditamatkan,” katanya pada perutusan khas sempena Hari Buruh di ibu negara semalam.

Kata Perdana Menteri, virus Covid-19 masih wujud meskipun jumlah kes-kes baharu Covid-19 semakin berkurangan.

“Ramai yang akan keluar bekerja dan bergerak ke sana ke sini, ke sana ke sini.

“Jadi saya sedar, saudara-saudari bimbang. Saya pun bimbang juga dan memang telah pun berlaku di beberapa buah negara lain, apabila ‘lockdown’ dihentikan, jumlah kes-kes positif Covid-19 meningkat semula dengan mendadak,” jelasnya.

Katanya, keadaan terbabit harus dielakkan.

“Jadi, saya telah berbincang secara panjang lebar mengenai perkara ini dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, sidang Majlis Keselamatan Negara dan Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Kita mesti cari jalan untuk mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak Covid-19,” katanya.

Menurutnya, atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan data-data yang dikumpul dan amalan terbaik yang ditentukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SOP kesihatan ketat.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu