ARTIKEL

Nancy Shukri bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program kepimpinan Perantis, di Pustaka Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Kerusi Parlimen: Tambah Kerusi, Tambah Nisbah Wanita – Nancy

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Nisbah penyertaan wanita dalam Parlimen perlu ditingkatkan jika kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak ditambah kelak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, penambahan kerusi itu sepatutnya menjadi peluang untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam kepimpinan politik.

“Jika nisbah penambahan kerusi parlimen itu sudah mendapat kelulusan, maka perlu ditingkat juga nisbah wanita dalam penyertaan dalam kepimpinan dari sudut politik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kepimpinan Perantis, di Pustaka Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata penyertaan wanita dalam politik tidak seharusnya dihadkan kepada angka lapuk 30 peratus, sebaliknya lebih ramai wanita perlu diberi peluang untuk memimpin.

“Mengapa kita perlu meletakkan had untuk diri kita sendiri? Kita sepatutnya mempunyai seramai-ramai (pemimpin wanita) yang boleh.

“Kalau kita mencari dan memberi peluang kepada mereka untuk memimpin, itu juga boleh mencapai lebih daripada 30 peratus dan mungkin kita boleh mencapai 60 peratus menjelang 2030,” tambahnya.

Dalam pada itu, Nancy berkata usaha melatih dan mengetengahkan lebih ramai wanita sebagai pelapis kepimpinan perlu diteruskan bagi memastikan wujud pengganti pada masa hadapan.

Beliau berkata keseimbangan dalam kepimpinan juga penting bagi memastikan satu-satu jantina tidak terlalu mendominasi proses membuat keputusan.

Nancy berkata program perantis merupakan antara platform yang boleh memberi peluang kepada wanita untuk membina kemahiran kepimpinan dan pendedahan sebelum melibatkan diri dalam bidang politik.

Katanya, penglibatan dalam program itu tidak semestinya membawa peserta terus menjadi ahli politik, sebaliknya membantu membentuk pemikiran yang lebih menyeluruh mengenai wanita, keluarga dan negara.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha