ARTIKEL

Kes Dadah: Wanita 22 Tahun Berdepan Hukuman Mati Atau Penjara Seumur Hidup Di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang wanita berusia 22 tahun berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM18,448.25 dalam dua serbuan berasingan yang dijalankan polis di Jalan Pahlawan dan Jalan Belatok, di sini, Selasa lalu (7 Julai).

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek ditahan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Sibu kira-kira 3 petang dalam serbuan pertama di Jalan Pahlawan.

Katanya, polis merampas 11 gram ketulan kristal disyaki ketamin, 190.15 gram serbuk minuman disyaki mengandungi campuran dadah jenis ekstasi serta 500 mililiter cecair disyaki mengandungi dadah jenis sama dengan nilai rampasan RM2,912.

“Siasatan lanjut membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di Jalan Belatok kira-kira 45 minit kemudian, yang menyaksikan rampasan 514.6 gram serbuk minuman disyaki campuran ekstasi, 191 gram ketamin serta 1,000 mililiter cecair disyaki mengandungi dadah jenis ekstasi bernilai RM15,536.25,” katanya dalam kenyataan, hari ini (Rabu).

Menurut Abang Zainal, jumlah keseluruhan rampasan bagi kedua-dua serbuan dianggarkan bernilai RM18,448.25, manakala ujian saringan air kencing mendapati suspek positif amphetamine, methamphetamine dan benzodiazepine serta mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki mengedar dadah, selain turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana penyalahgunaan dadah.

“Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup, manakala kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali serta pengawasan selama dua tahun,” jelas beliau.

Abang Zainal menegaskan PDRM akan terus mempergiat operasi membanteras pengedaran dadah dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat kepada Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di talian 012-2087222 atau JSJN Sarawak di talian 017-5929211 bagi membantu usaha penguatkuasaan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha