ARTIKEL

Kes demam denggi berkurangan pada ME 13, tiada kematian dilaporkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 1,021 kes pada Minggu Epidemiologi ke-13 (ME 13) bagi tempoh 23 hingga 29 Mac lepas berbanding 1,129 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME13 sebanyak 16,296 kes dengan 10 kematian berbanding 44,144 kes dengan 31 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

Dr Muhammad Radzi turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada bagi memastikan kes denggi tidak meningkat dan kekal di bawah paras median lima tahun terutama di musim perayaan kerana virus denggi boleh disebarkan melalui individu dijangkiti termasuk individu tidak bergejala. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali