ARTIKEL

Dr Melvin memberi penerangan tentang bahaya wabak denggi kepada salah seorang penduduk.

Kes denggi di Bintulu membimbangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Demam denggi yang melanda beberapa kawasan di Bintulu semakin membimbangkan apabila empat lagi kes baharu dilaporkan di Kampung Baru, semalam (Rabu).

Ia menjadikan kawasan itu antara yang paling terjejas sejak wabak ini diisytiharkan pada 1 Julai lalu.

Dr Melvin memberi penerangan tentang bahaya wabak denggi kepada salah seorang penduduk.

Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu, Dr Melvin Chung Hsien Liang, berkata kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Sinong dan Pasar Lama kini dikenal pasti sebagai titik panas jangkitan berikutan kedudukan geografi dan persekitran yang saling terhubung.

“Ini menunjukkan persekitaran mereka hampir serupa, dan jika tiada tindakan segera diambil, jangkitan akan terus merebak dari satu kampung ke kampung yang lain,” katanya.

Dr Melvin melihat sampah sarap yang terkumpul di persekitaran kediaman penduduk di kawasan terjejas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melakukan pemeriksaan di beberapa kediaman penduduk di kawasan terjejas pada Khamis.

Menurut Dr Melvin, masyarakat tidak seharusnya memandang ringan wabak ini kerana denggi merupakan penyakit berjangkit yang sangat serius.

“Kami menerima beberapa kes denggi yang serius… pesakit terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat paras platelet yang sangat rendah, ada yang serendah 5,000 berbanding paras normal 180,000 ke atas.

“Ini sangat membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang boleh membawa maut,” katanya lagi.

Namun, tiada kes kematian dilaporkan setakat ini, dan semua pesakit menerima rawatan serta dibenarkan keluar dari Hospital Bintulu.

Dr Melvin turut menyatakan kebimbangan dengan kurangnya kesedaran dan kerjasama masyarakat dalam usaha membanteras pembiakan nyamuk Aedes.

“Pasukan kami menjalankan kawalan vektor setiap hari, termasuk semburan nyamuk dewasa.

Tetapi usaha ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama penduduk setempat. Ini bukan hanya tanggungjawab Kementerian Kesihatan, tetapi memerlukan pelibatan pihak berkuasa tempatan, agensi lain dan juga wakil rakyat,”ujarnya.

Beliau turut menyeru penduduk untuk meluangkan sekurang-kurangnya lima minit setiap hari memeriksa kawasan rumah serta membuang bekas air bertakung yang boleh menjadi tempat pembiakan Aedes.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU