ARTIKEL

Veronica bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat JPBN Sarawak yang dipengerusikan oleh Uggah di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Kes jangkitan saluran pernafasan, radang mata meningkat di Sarawak akibat jerebu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kes jangkitan saluran pernafasan dan radang mata menunjukkan peningkatan sejak minggu pertama Ogos akibat keadaan jerebu yang melanda Sarawak.

Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Veronica Lugah berkata kedua-dua jangkitan itu mula menunjukkan peningkatan sejak minggu pertama Ogos.

“Ia terus memuncak pada minggu kedua Ogos,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang dipengerusikan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Manakala bagi asma, beliau berkata buat masa ini pihaknya tidak melihat sebarang peningkatan ketara.

Namun, Veronica berkata di Hospital Umum Sarawak khususnya di jabatan kecemasan, mereka melihat sedikit peningkatan kes asma pada minggu ketiga dan keempat Ogos.

“Jadi bagi nasihat kepada orang awam, pada asasnya ialah mengurangkan aktiviti fizikal di luar dan seboleh-bolehnya berada di dalam bangunan, serta memastikan pintu dan tingkap ditutup bagi mengelakkan pencemaran udara dari luar memasuki ruang udara di dalam rumah.

“Dan sudah tentu, orang awam dinasihatkan supaya memakai pelitup muka, jika boleh sebaik-baiknya respirator N95 kerana ia lebih berkesan dalam mencegah atau menapis zarah halus berbahaya,” katanya.

Sementara itu, Veronica berkata bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi termasuk individu yang mempunyai penyakit paru-paru atau penyakit jantung, mereka dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang terdekat sekiranya mengalami mana-mana gejala seperti batuk, kesukaran bernafas, sakit dada, kerengsaan mata yang teruk atau asma yang semakin teruk.

“Anda tidak semestinya perlu pergi ke jabatan kecemasan sahaja, kerana klinik-klinik kami juga boleh memberikan rawatan dan mendapatkan perhatian terhadap keadaan kesihatan anda,” katanya.

BERITA LAIN

Semak sebelum kongsi, elak hasutan di media sosial

PAKAN: Kemudahan media sosial wajar dimanfaatkan secara positif sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat, mengeratkan hubungan dan berkongsi perkara bermanfaat tanpa mengorbankan keharmonian. Penasihat Pejabat Premier

BERITA TERBARU

Futsal TFL: AFA sapu bersih dua kategori Bawah 12 Tahun

SAMARAHAN: Pasukan dari Australia, Australian Futsal Association (AFA), mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya merangkul kejuaraan berganda dalam Kejohanan Futsal TFL Piala Perdana Siri Ke-2 2026