ARTIKEL

Kes, kadar kemasukan pesakit Covid-19 terus berkurang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Minggu Epidemiologi ke-23 (ME 23/2023) iaitu dari 4 Jun 2023 hingga 10 Jun 2023 terus merekodkan penurunan kes Covid-19.

Menurut KKM dalam satu kenyataan, sebanyak 3,814 kes dilaporkan berbanding 4,523 kes Covid-19 pada minggu sebelumnya (ME-22/2023) dengan penurunan sebanyak 15.7 peratus.

Manakala, kadar kemasukan pesakit Covid-19 termasuk pesakit yang disyaki dijangkiti ke fasiliti kesihatan awam menunjukkan penurunan dari 4.4 kepada 3.8 bagi setiap 100,000 penduduk.

Pengisian katil ICU menurun sebanyak tiga peratus dan pengisian katil bukan kritikal Covid-19 pula menurun sebanyak satu peratus pada ME 23/2023 berbanding ME 22/2023.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU