ARTIKEL

PENYAMPAIAN CENDERAHATI... Ketua Kepakaran Patologi Forensik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Khairul Anuar Zainun (tiga dari kiri), menyampaikan cenderahati kepada Datuk Wee Hong Seng (empat dari kanan) pada Majlis Perasmian Konvensyen Perubatan Forensik dan Sains Antarabangsa (ICFMS) 2026 Sarawak di sebuah hotel di Kuching, hari ini.

Kes kanak-kanak perlukan pendekatan forensik menyeluruh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kes membabitkan kanak-kanak memerlukan kerjasama erat pelbagai disiplin termasuk profesional kesihatan, penyiasat, agensi kebajikan, pihak berkuasa undang-undang dan pembuat dasar bagi memastikan setiap mangsa memperoleh keadilan yang sewajarnya.

Ketua Kepakaran Patologi Forensik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Khairul Anuar Zainun berkata, setiap kes melibatkan kanak-kanak memerlukan pendekatan menyeluruh serta penggunaan teknik penyiasatan yang lebih canggih bagi mendapatkan bukti yang tepat.

“Kerjasama pelbagai pihak amat penting kerana ia mampu membantu melindungi hak mangsa di samping memastikan proses keadilan dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Perubatan Forensik dan Sains Antarabangsa (ICFMS) 2026 Sarawak di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata perkara tersebut sejajar dengan tema ICFMS 2026 Sarawak, Advancing Justice for the Young: Strengthening Multidisciplinary Forensic Practice, yang memberi penekanan kepada usaha memperkukuh amalan forensik pelbagai disiplin.

“Melalui konvensyen ini, kita berharap dapat memperkukuh kerjasama sedia ada sambil berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang akhirnya memberi manfaat kepada mangsa, keluarga serta masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata bidang perubatan dan sains forensik kini berkembang pesat seiring kemajuan teknologi seperti patologi molekul, pengimejan postmortem, genetik forensik, kecerdasan buatan (AI), teknologi digital dan sains makmal.

“Perkembangan itu bukan sahaja meningkatkan keupayaan penyiasatan, malah membantu memperkukuh pentadbiran keadilan melalui penemuan saintifik yang lebih tepat dan berintegriti,” jelasnya.

Beliau turut menggesa semua profesional forensik agar terus mengamalkan standard saintifik, profesionalisme dan etika yang tinggi dalam menjalankan tugas demi mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan.

ICFMS 2026 Sarawak menghimpunkan pakar forensik, agensi penguat kuasa, badan kehakiman, ahli akademik serta profesional dari dalam dan luar negara bagi berkongsi kepakaran, memperkukuh jaringan kerjasama dan membincangkan perkembangan terkini dalam bidang perubatan serta sains forensik.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah