ARTIKEL

Gambar hiasan | Freepik.com

Kes malaria di Afrika Selatan meningkat akibat hujan lebat dan banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CAPE TOWN: Afrika Selatan mencatat peningkatan membimbangkan kes malaria susulan hujan lebat dan banjir, termasuk di wilayah yang bukan kawasan endemik, kata pihak berkuasa kesihatan pada Rabu, lapor Xinhua.

Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit Afrika Selatan (NICD) menyatakan bahawa “kes malaria meningkat di beberapa bahagian selatan Afrika selepas hujan luar biasa lebat dan banjir baru-baru ini, mewujudkan keadaan lebih sesuai untuk pembiakan nyamuk dan penularan malaria.”

Agensi itu menjelaskan, peningkatan bermusim ini turut menyebabkan pertambahan kes malaria di Afrika Selatan, termasuk di wilayah yang biasanya tidak mempunyai penularan penyakit.

Peningkatan ketara dilihat di Gauteng, dengan 414 kes malaria disahkan dan 11 kematian direkodkan dalam tiga bulan pertama 2026, berbanding 230 kes dan satu kematian dalam tempoh sama pada 2025, menurut jabatan kesihatan wilayah.

Pihak berkuasa bagaimanapun memaklumkan, kebanyakan jangkitan di Gauteng adalah kes import, iaitu pesakit dijangkiti di wilayah endemik seperti Limpopo, Mpumalanga dan KwaZulu-Natal, atau semasa melancong ke luar negara.

NICD menjelaskan yang penularan malaria di Afrika Selatan kebanyakannya terhad kepada kawasan altitud rendah di wilayah endemik, yang menyokong pembiakan nyamuk pembawa penyakit.

Di Mpumalanga, lebih 300 kes dilaporkan pada Januari sahaja, manakala negara jiran yang juga kawasan endemik turut mencatat peningkatan jangkitan.

NICD menggesa pengembara mengambil langkah pencegahan termasuk pengambilan ubat pencegahan ketika melawat kawasan berisiko tinggi.

Ia turut menasihatkan individu yang mengalami simptom seperti selesema selepas melawat kawasan endemik supaya mendapatkan rawatan segera dan menjalani ujian, dengan menegaskan bahawa “diagnosis awal dan rawatan segera menyelamatkan nyawa.” — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi