ARTIKEL

Kes pemerdagangan manusia Wang Kelian: Warga Thailand diekstradisi selepas jalani hukuman penjara di Thailand

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kes penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015 akan diekstradisi ke Malaysia sebaik sahaja mereka selesai menjalani hukuman penjara di sini.

Timbalan ketua polis negara Pol Jen Surachate Hakparn berkata Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi kepada Thailand terhadap 10 individu pada 2017.

Beliau berkata empat daripada 10 individu yang dikehendaki telah diekstradisi ke Malaysia pada Khamis dan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kangar semalam.

Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Bagaimanapun, sebahagian suspek telah meninggal dunia ketika menjalani hukuman di penjara.

“Seorang atau dua lagi yang akan menamatkan hukuman penjara bakal diekstradisi ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Surachate berkata hasil kerjasama erat antara kedua-dua negara, empat daripada 10 individu telah diekstradisi ke Malaysia.

“Kerjasama erat itu juga menunjukkan bahawa Thailand dan Malaysia komited untuk memerangi pemerdagangan manusia dan jenayah transnasional,” katanya.

Pada Mei 2015, Malaysia dikejutkan dengan penemuan kem dan kubur di Wang Kelian yang telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dari dalam dan luar negara. – BERNAMA

BERITA LAIN

PM Thailand disahkan positif COVID-19

BANGKOK, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, mengesahkan semalam bahawa beliau positif COVID-19. Srettha mengumumkan di akaun rasmi X miliknya bahawa beliau akan mengambil cuti

BERITA TERBARU