ARTIKEL

Kes penipuan keluar wang tidak dituntut RM175,000, empat individu ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Empat individu, termasuk dua penjawat awam, telah dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan.

Keempat-empat individu terbabit terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 29 hingga 42 tahun.

Mereka disyaki menipu dan memalsukan dokumen bagi pengeluaran wang tidak dituntut berjumlah RM175,000.

Majistret Romario Jonoi membenarkan permohonan reman yang memerintahkan keempat-empat suspek kekal menjalani tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini (15 April) hingga 18 April ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, tiga daripada suspek termasuk suspek wanita telah ditahan polis hari ini.

“Seorang lagi suspek telah ditahan semalam (14 April),” jelasnya sambil menambah kes akan disiasat mengikut Seksyen 420/471 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu dan memalsukan dokumen.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)