ARTIKEL

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. (Gambar fail)

Kes rogol babitkan remaja meningkat – Polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jumlah kes rogol dalam kalangan remaja bawah umur 16 tahun yang meningkat sejak kebelakangan semakin membimbangkan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Bin Mohd Zain.

Beliau berkata walaupun atas dasar persetujuan bersama, namun perbuatan yang dalam istilah undang-undang dirujuk sebagai ‘statutory rape‘ itu, tetap diklasifikasikan sebagai kes rogol kerana melibatkan pelaku bawah umur.

“Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat peningkatan 202 kes iaitu 11.8 peratus tahun lepas berbanding pada tahun 2022,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata paling menggusarkan ialah kebanyakan kes melibatkan golongan B40, dan menurutnya antara faktor jenayah ini berlaku adalah kurang penyeliaan ibu bapa, selain akses mudah kepada bahan lucah di internet.

Katanya dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawasi anak-anak serta perlu celik teknologi maklumat bagi mengawal penggunaan internet untuk mengelak daripada anak-anak mereka melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya.

Perubahan landskap komunikasi tanpa sempadan dan akses yang mudah memberi kesan ketara kepada golongan kanak-kanak sehinggakan boleh mengakses bahan-bahan terlarang tanpa kawalan dan akhirnya terjerumus dalam aktiviti yang tidak bermoral.

“Jika dahulu bahan lucah sukar didapati, namun kini semuanya di hujung jari sahaja, semua bahan ini mudah untuk akses di telefon pintar tanpa mengira usia,” katanya.

Shuhaily berkata kecetekan ilmu dan kawalan ibu bapa dalam memahami kod kandungan laman sesawang yang dilayari oleh anak-anak memberi kesan yang negatif terutamanya apabila mereka membenarkan anak-anak pada usia seawal lima tahun untuk mengakses internet atas alasan untuk dijadikan bahan dalam pendidikan anak-anak. 

Untuk mencegah masalah ini daripada menjadi barah dalam masyarakat, beliau berkata pihak polis tidak boleh bersendirian, sebaliknya ia memerlukan gandingan kerjasama semua pihak termasuk institusi keluarga, institusi pendidikan mahupun pembuat dasar untuk sama-sama menanganinya masalah ini.

“Dasar yang baik akan menzahirkan kelompok masyarakat yang baik,” katanya.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)