ARTIKEL

Datuk Zainol Samah

Kes samun: Wanita putus urat tangan kiri dilibas pedang samurai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR GAJAH: Seorang wanita putus urat tangan kiri selepas terkena libasan pedang samurai dalam kejadian cubaan samun di hadapan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, Selasa.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi ketika wanita berusia 36 tahun itu sedang memandu kereta ke tempat kerjanya.

Beliau berkata kereta mangsa telah disekat sebuah kereta lalu dua lelaki bersenjatakan pedang samurai keluar daripada kereta itu menuju ke kereta mangsa.

“Suspek bertindak memecahkan cermin hadapan, tingkap kiri serta kanan kereta mangsa menggunakan pedang itu yang kemudian turut terkena tangan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Zainol mangsa kemudian mengundurkan keretanya dan terlanggar kereta di tepi jalan ketika berusaha melarikan diri ke Balai Polis Masjid Tanah.

Zainol berkata wanita terbabit mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Masjid Tanah sebelum dihantar ke Hospital Melaka.

“Hasil siasatan awal, mangsa mengatakan bahawa dia tidak mengenali suspek serta tidak bergaduh dengan sesiapa kebelakangan ini.
“Siasatan juga mendapati kereta milik mangsa mengalami kerosakan di cermin pintu hadapan kiri dan kanan serta di cermin hadapan selain terdapat kesan langgar di bahagian belakang,” katanya.

Mangsa tidak kehilangan barangan berharga dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba rompak dan Seksyen 427 kanun sama kerana khianat.– BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)