ARTIKEL

Kes tembakan KLIA: Along tidak sepatutnya bekerja pada hari kejadian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Rakan kepada pengawal peribadi yang parah akibat kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi semalam berkata, mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan ‘Along’ itu tidak seharusnya bekerja pada hari tersebut.

Mohd Affan Mohd Aris berkata yang sepatutnya bekerja pada hari kejadian ialah seorang wanita rakan sekerja Along, namun Along mengambil alih tempatnya apabila wanita itu mengambil cuti Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata Along sempat menghantar gambar ketika dia mula bertugas, di dalam kumpulan WhatsApp syarikat sekuriti tempat mereka bertugas.

“Ini dia (Along) sempat hantar gambar badge (lencana) kerja pada 12.48 pagi dengan menulis ‘bertugas mengejut malam ini’,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Cyberjaya, di sini semalam.

Mohd Affan berkata Along juga tidak sempat membalas usikan seorang lagi rakan yang bertanya dalam kumpulan WhatsApp mereka sama ada dia (Along) memerlukan bantuan tambahan kerana bekerja sewaktu musim perayaan.

Baca lain  Lelaki mengaku bersalah merompak secara berkumpulan, rakan sejenayah gagal hadir akibat positif Covid-19

Sementara itu rakan sekerja Along, Nurhafiza Azizan yang sepatutnya bertugas malam itu berkata beliau mungkin tidak akan dapat mengawal keadaan sebagaimana dilakukan Along sekiranya dia (Nurhafiza) yang bertugas semalam.– BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU