ARTIKEL

HADIR....Kullin Djayang (tengah) bersama-sama ahli Kesatuan Guru Sarawak sempena mesyuarat Exco Kesatuan Guru Sarawak kali ketiga.

Kesatuan Guru Sarawak galak guru baharu sertai persatuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menggalakkan semua guru khasnya guru-guru baharu untuk menyertai persatuan terbabit.

Presidennya Kullin Djayang berkata, penyertaan ini bagi memastikan para ahli berhak memberi pandangan dan menyuarakan isu berkaitan pendidikan.

“Kita nasihatkan para guru agar tidak menyuarakan atau mengupas sebarang isu pendidikan secara individu kerana usaha ini tidak akan diberi perhatian oleh kerajaan malah boleh diambil tindakan disiplin.

“Hanya pihak kesatuan sahaja yang berhak membuat perundingan dengan pihak kerajaan berkaitan isu-isu pendidikan yang dibangkitkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan kadar yuran keahlian STU telah ditingkatkan kepada RM10 sebulan berikutan usul daripada ahli ketika persidangan Dwitahunan STU pada tahun 2022.

Katanya, dalam persidangan itu semua ahli yang hadir telah meluluskan usul terbabit dan hasil undian lebih separuh ahli bersetuju untuk meningkatkan yuran keahlian.

“Keputusan pengundian akan diumumkan pada September ini. Pelaksanaan kadar yuran baharu akan berkuat kuasa mulai Februari tahun ini setelah mendapat kelulusan pihak peguam dan juga Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Negeri Sarawak (JHEKS),” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU