ARTIKEL

Keseimbangan KERJA DAN KEHIDUPAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERING kali pekerjaan diertikan sebagai keutamaan dalam kehidupan.

Bekerja untuk hidup, tetapi bukanya hidup untuk bekerja.

Namun, jika tiada pekerjaan, bagaimana mungkin kita mendapat pendapatan.

Lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai keluarga, menyara anak-anak, menanggung kos sara hidup serta melunaskan komitmen bulanan.

Kadang-kadang, keinginan mencapai kejayaan profesion boleh menyebabkan kita mengabaikan kesejahteraan diri sendiri.

LESU UPAYA

Pasti anda pernah merasakan lesu upaya atau keadaan keletihan emosi, fizikal dan mental disebabkan tekanan berlebihan dan berpanjangan.

Tekanan melampau boleh mengakibatkan kemudaratan kepada emosi serta menjejaskan kesihatan fizikal.

Oleh itu, perlunya langkah untuk mengimbangi antara kerja dan hidup agar lebih harmoni dalam konteks kerjaya dan kehidupan.

Secara ringkas, keseimbangan antara kerjahidup merupakan keadaan seseorang itu mampu memberi keutamaan adil ke atas tuntutan kerjaya dan tuntutan kehidupan peribadi.

Bagaimanapun, boleh dikatakan sememangnya hakikat bahawa tidak ada keseimbangan tersebut dengan sempurna.

Anda mungkin membayangkan memiliki hari yang sangat produktif di tempat kerja dan meninggalkannya awal untuk menghabiskan sisa separuh hari dengan aktiviti lain atau bersama-sama rakan dan keluarga.

Walaupun kelihatan ideal, ia tidak semestinya berhasil kerana pada satu-satu masa, anda mungkin lebih memberi tumpuan kepada kerja.

Manakala pada hari lain, anda mungkin cenderung mengejar hobi anda atau meluangkan masa bersama-sama orang tersayang.

Keseimbangan dicapai dari semasa ke semasa, tetapi bukan setiap hari.

Membenarkan diri anda untuk terbuka kepada peralihan dan menilai keperluan pada setiap hari merupakan kunci keseimbangan tersebut.

CURI MASA

Seperti kerjaya sebagai wartawan, jadual tidak menentu dan hujung minggu bukanlah hari cuti kami.

Jika kerja pada pagi, saya ada masa pada waktu malam.

Selalunya saya mengguna masa tersebut untuk keluar berhibur atau bersukan bersama-sama rakan sekerja.

Jika waktu bekerja adalah pada lewat petang hingga malam, saya mempunyai masa untuk berehat atau bangun lewat berbanding hari biasa.

Mencari masa untuk berhenti sekejap daripada memikirkan kerja juga cara mencari keseimbangan dalam hidup.

BERITA LAIN

Jurang generasi

MINGGU lalu, pojok saya bertajuk Jangan Menekan-nekan turut merujuk kepada sedutan video ceramah Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr. Badli Shah Alauddin, yang membincangkan generasi strawberi.

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Rampa menua, budaya Ulu Entabai pematak SIE

PEMANAH rampa menua, peneleba ngatur kem entukar besai ba tebing sungai sereta penyelai adat enggau budaya komuniti Iban nyadi pekara pematak raban program Sarawak Interior