ARTIKEL

Kesejahteraan rakyat keutamaan Kerajaan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, terus komited memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan menerusi program kebajikan dan saluran bantuan sosial secara berkesan.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata, usaha membantu khususnya kepada mereka yang benar-benar memerlukan telah diterjemahkan menerusi penyediaan inisiatif dalam pelbagai bentuk.

“Sebagai contoh sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak Sarawak di bawah golongan berpendapatan rendah melalui baucar digital.

“Tidak lupa juga semua pelajar di Institut Pengajian Tinggi diberi bantuan khas sebanyak RM1,200 tanpa mengira pendapatan per kapita keluarga.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan Bank Makanan dan dapur HEP dan Program Sinar Kasih Aidilfitri Pelajar Asnaf Unit Zakat Sedekah dan Wakaf Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak, semalam.

Tambahnya, banyak lagi bantuan turut disediakan oleh Kerajaan Sarawak termasuk Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS), pemberian baucar buku, komputer riba percuma dan lain-lain.

Justeru, beliau menggesa agar orang ramai untuk merebut peluang bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

Terdahulu, majlis, menyaksikan Fazzrudin menyerahkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada UiTM Sarawak.

Sumbangan itu katanya, diharap dapat membantu pengoperasian bank makanan dan dapur HEP di universiti itu kelak.

Selain itu, seramai 20 orang pelajar asnaf turut diberi bantuan dalam bentuk barangan keperluan aidilfitri.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah