ARTIKEL

Dr Fuziah Salleh, KPDN Sarawak, diesel, minyak masak, bersubsidi, Ops Tiris
Dr Fuziah (dua kanan) pada sidang media selepas Program Kita Gempur KPDN di Pasar Raya Farley Kuching, hari ini. - Foto: Ghazali Bujang

Ketirisan barang kawalan di Sarawak antara yang tertinggi, nilai rampasan RM21.5 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merekodkan ketirisan barang kawalan antara yang tertinggi, dengan nilai rampasan berjumlah RM21.5 juta, melibatkan sebanyak 119 kes, khususnya penyeludupan diesel dan minyak masak bersubsidi.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh, antara faktor utama ialah negeri ini mempunyai sekitar 15 pintu sempadan.

Dr Fuziah (dua kanan) dan pegawai KPDN menjalankan pemeriksaan di Pasar Raya Farley Kuching, hari ini. – Foto: Ghazali Bujang

Ini sekali gus menjadi cabaran utama dalam membanteras peningkatan ketirisan barang kawalan tersebut.

“Pelaksanaan di Sarawak mencatatkan sebanyak 2,558 pemeriksaan, dan daripada jumlah tersebut, 119 kes telah diambil tindakan yang melibatkan nilai rampasan sebanyak RM21.5 juta.

“Jumlah ini agak besar, berbanding keseluruhan kes dicatatkan di seluruh negara yang merekodkan jumlah 2, 511 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM86.93 juta, hasil daripada 38,965 pemeriksaan sepanjang pelaksanaan Ops Tiris dari 1 Januari hingga 20 November lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kuching sempena Program Kita Gempur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Pasar Raya Farley Kuching di sini, hari ini.

Jelasnya, statistik tersebut berdasarkan penguatkuasaan di bawah Ops Tiris 3.0 yang melibatkan ketirisan diesel dan lain-lain komoditi seperti petrol, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, gula pasir kasar, dan tepung gandum.

“Penyeludup sering menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan barang kawalan kita melepasi pemeriksaan, sebelum diseludup ke negara jiran, dan antara kesalahan tertinggi ialah kes penyelewengan diesel.

“Di samping itu, baru-baru ini KPDN Sarawak berjaya merampas penyeludupan minyak masak paket bersubsidi sebanyak 10 metrik tan di dalam sebuah premis tidak berlesen yang terletak di sempadan,” jelasnya.

Beliau memberitahu pihaknya meningkatkan kerjasama dengan agensi berkaitan, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kastam Malaysia, dan sebagainya untuk membantu membanteras ketirisan serta mengekang penyeludupan di sempadan.

“Pada masa yang sama, kita amat mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membanteras aktiviti penyelewengan, ketirisan, penyeludupan, manipulasi, penipuan dan kartel barang kawalan dan bersubsidi di lapangan dengan menyalurkan maklumat ke mana-mana cawangan KPDN berdekatan.

“Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan menerusi aplikasi WhatsApp ke nombor 019-8488000, portal e-aduan@kpdn.gov.my, atau hubungi pusat talian di 1-800-886-800 atau aplikasi telefon pintar Ez Adu KPDN,” katanya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat