ARTIKEL

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres - Foto BERNAMA

Ketua PBB Gesa As, Iran Teruskan Rundingan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran diteruskan, kata jurucakapnya pada Isnin, lapor Xinhua.

Walaupun tiada sebarang persetujuan dicapai dalam rundingan yang dihoskan Pakistan antara AS dan Iran di Islamabad, perbincangan itu sendiri menunjukkan kesungguhan kedua-dua pihak dan merupakan langkah positif serta bermakna ke arah memperbaharui dialog, kata jurucakap itu, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.

“Memandangkan perbezaan yang ketara, perjanjian tidak dapat dicapai dalam tempoh singkat dan setiausaha agung menggesa rundingan itu diteruskan supaya persetujuan dapat dicapai,” katanya.

Selepas berminggu-minggu kemusnahan dan penderitaan, jelas bahawa tiada penyelesaian ketenteraan bagi konflik semasa, kata jurucakap itu.

Pada masa sama, gencatan senjata mesti dipelihara sepenuhnya dan semua pelanggaran mesti dihentikan, kata Dujarric.

Setiausaha agung itu turut menegaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam konflik ini mesti menghormati kebebasan pelayaran termasuk di Selat Hormuz, selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Gangguan terhadap perdagangan maritim melalui Selat Hormuz telah memberi kesan langsung melangkaui rantau itu, dengan peningkatan kerapuhan ekonomi global serta ketidaktentuan dalam banyak sektor, kata jurucakap itu.

Gangguan terhadap bekalan baja dan inputnya pula memburukkan lagi ketidakjaminan makanan bagi jutaan penduduk rentan di seluruh dunia, selain kos sara hidup yang semakin meningkat ekoran kesan terhadap bahan api, pengangkutan dan gangguan rantaian bekalan, katanya.
— BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU