ARTIKEL

Kewangan jadi cabaran terbesar warga emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kewangan menjadi cabaran terbesar untuk golongan warga emas meneruskan kehidupan dengan selesa, selain dari aspek sosial, fizikal dan psikologi.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) Sarawak, Dr. John Chew Chee Ming berkata ia khususnya melibatkan mereka yang tidak mempunyai simpanan wang atau pencen yang mencukupi.

“Keperluan asas seperti rumah, makanan dan perubatan (penjagaan kesihatan) memerlukan kewangan yang ketara.

“Ini menjadi kebimbangan dalam kalangan warga emas untuk menghadapi cabaran hidup yang perlu mereka tempuhi,” katanya ketika berucap pada Forum Hak Warga Emas Kepada Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan di sini, hari ini.

Menyedari perkara itu, beliau berkata SUHAKAM telah menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk dialog, seminar dan perbincangan meja bulat dengan pihak berkepentingan mengenak hak warga emas, termasuk lawatan ke rumah orang tua.

Katanya syor daripada aktiviti itu, laporan kemudian dimajukan kepada agensi yang berkaitan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memperkasakan warga emas.

Sementara, Dr. John berkata menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia diunjurkan mencapai status negara menua menjelang 2030, apabila 15 peratus penduduknya akan menjadi warga emas, ditakrifkan sebagai individu berumur 60 tahun ke atas.

Selain itu, katanya Data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 menunjukkan peratusan rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas telah meningkat daripada 8 peratus (2.2 juta) pada 2010 kepada 10.5 peratus (3.4 juta) pada 2020.

“Anggaran penduduk warga emas bagi tahun 2022 ialah 11.1 peratus (3.6 juta), dengan 47.7 peratus (1.7 juta) adalah wanita dan 54.3 peratus (1.9 juta) adalah lelaki.

“Berdasarkan perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia, empat buah negeri iaitu Perak (8.9 peratus), diikuti oleh Kedah (7.9 peratus), Perlis (7.8 peratus) dan Sarawak (7.5 peratus) dikenal pasti sebagai negeri yang semakin tua.

“Sarawak dijangka menjadi negeri yang mempunyai penduduk tertua menjelang 2028, mengatasi negeri-negeri lain di Malaysia,” katanya.

Dari segi jangka hayat, Dr. John berkata Malaysia telah menyaksikan peningkatan kepada 75.6 tahun pada tahun 2020 daripada 63.6 tahun pada tahun 1970.

“Peningkatan jangka hayat ini jelas menunjukkan negara kita akan menghadapi trend penduduk yang semakin tua menjelang tahun 2030,” katanya.

Dr. John melawat pameran sempena Forum Hak Warga Emas Kepada Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan di sini, hari ini.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah