ARTIKEL

Presiden KGBS Zulkiflee Sebli

KGBS Dedah Beban Ibu Bapa Hadapi Kenaikan Kos Sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyambut baik keputusan kerajaan memperluas pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada pelajar Tingkatan Enam namun menegaskan jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk menampung kos pendidikan yang kian meningkat.

Presidennya Zulkiflee Sebli berkata keputusan itu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap sektor pendidikan di peringkat lebih tinggi yang sebelum ini dilihat kurang mendapat perhatian sewajarnya.

“Langkah ini jelas membantu meringankan beban persediaan awal seperti pembelian buku, alat tulis serta keperluan asas pembelajaran pada awal sesi persekolahan,” katanya kepada Suara Sarawak hari ini.

Bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa peruntukan RM150 itu masih tidak memadai bagi menampung keseluruhan perbelanjaan yang ditanggung ibu bapa sepanjang sesi persekolahan berlangsung.

Menurut beliau hal ini termasuk kos buku teks tambahan, pakaian seragam serta yuran-yuran tertentu yang perlu dijelaskan.

“Kekurangan ini amat dirasai apabila kita mengambil kira kenaikan kos pendidikan dan keperluan pembelajaran masa kini yang semakin kompleks,” tambahnya.

Mengulas mengenai impak kepada warga pendidik beliau berkata bantuan berkenaan memberi kesan positif terhadap tahap persediaan awal pelajar apabila mereka hadir ke sekolah dengan kelengkapan asas yang lebih sempurna sekali gus meningkatkan keyakinan diri.

“Keadaan ini secara tidak langsung membantu pelajar memulakan sesi pembelajaran dengan lebih teratur, fokus dan bermotivasi,” katanya lagi.

Sehubungan itu KGBS berharap agar kerajaan meneruskan inisiatif BAP di samping mempertimbangkan penambahbaikan termasuk menyemak semula jumlah bantuan selaras dengan kos sara hidup semasa bagi memastikan akses pendidikan yang lebih adil serta inklusif.

Dalam pada itu Zulkiflee turut menggesa syarikat korporat dan konglomerat besar agar melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyalurkan sumbangan bagi persiapan awal persekolahan khususnya kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu