ARTIKEL

KGBS mahu cuti penggal sekolah tidak ditangguhkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) memohon agar cuti penggal persekolahan tetap diteruskan seperti yang dijadualkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Presidennya Ahmad Mahli berkata, cuti penggal adalah satu keperluan dan masih relevan untuk murid merehatkan minda daripada tekanan mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PdPR).

“Walaupun masa murid belajar kelihatan agak terluang, namun mereka sentiasa berada dalam keadaan tertekan ketika mengikuti PdPR sebelum ini.

“Justeru, KGBS menegaskan agar tiada masyarakat memandang cuti penggal dalam situasi Covid-19 ini tidak penting,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Beliau mengulas mengenai cadangan Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Mimbar) supaya cuti penggal persekolahan tahun ini dimansuhkan.

Susulan itu katanya, KGBS tidak menyokong cadangan itu kerana masyarakat seolah-olah melihat guru dan murid tidak terlibat dengan sesi pembelajaran sepanjang sesi persekolahan bersemuka ditangguhkan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 15 Mac 2021

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha