ARTIKEL

KGBS tubuh koperasi bantu ahli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) terus memperluaskan peranan dalam membantu serta menyejahterakan guru-guru di negeri ini apabila menubuhkan Koperasi Kepimpinan Guru Bumiputera Sarawak (Ko-KGBS).

Pengerusi Ko-KGBS, Ahmad Malie berkata penubuhan koperasi itu yang didaftarkan sejak setahun lepas adalah bagi memberi perkhidmatan dan menjaga kebajikan guru khususnya ahli-ahli KGBS.

Ahmad menghidangkan kek kepada pengunjung rumah terbuka Aidilfitrinya, hari ini.

Justeru, beliau berkata pihaknya sudah merangka pelbagai aktiviti perniagaan untuk memantapkan dana koperasi dan KGBS sendiri.

‘Setakat ini, kami masih lagi dalam tempoh fasa pelaksanaan dan ini akan kami lancarkan selepas mengadakan mesyuarat agong yang dijangkakan Jun nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya di sini, semalam.

Justeru, Ahmad berkata guru-guru yang belum mendaftar sebagai ahli KGBS perlu berbuat demikian agar dapat menikmati faedah menerusi penubuhan Ko-KGBS.

Menurutnya pada masa ini, jumlah keahlian KGBS adalah kira-kira 7,000 orang manakala jumlah guru yang belum mendaftar sebagai ahli KGBS dianggarkan lebih 10,000 orang.

“Jadi untuk menyertai koperasi ini, guru-guru hendaklah menjadi ahli KGBS supaya banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh mereka melalui koperasi ini’, katanya.

Menjelas lanjut, Ahmad berkata antara faedah yang akan dinikmati ahli adalah dari segi dividen dan bonus.

“Ahli-ahli akan memcarum saham dan kalau ada keuntungan setiap tahun, kita akan umumkan dividen dan bonus untuk mereka,” katanya.

Ahmad berkata antara perniagaan yang dilakukan koperasi itu ialah katering dan juga pembekalan air minuman botol yang dijangka akan dikeluarkan di pasaran hujung bulan ini.

“Kami berharap aktiviti perniagaan akan lebih rancak dan lebih mantap pada masa akan datang bermula pada tahun ini,” katanya.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU