ARTIKEL

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil (tengah) menyampaikan Anugerah Filem Terbaik kepada filem "Khadam" pada Malam Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-35 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Khadam sapu 10 anugerah FFM35, raih insentif RM1 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) yang berlangsung malam tadi di Panggung Sari, Istana Budaya.

Melalui hantaran di Facebook, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penggiat industri perfileman, termasuk tenaga kerja di hadapan dan belakang tabir.

Menurut Bernama, Fahmi menyifatkan malam itu sebagai detik meraikan karya dan bakat filem Malaysia, sambil menggesa penggiat industri terus berkarya serta membawa cerita tempatan lebih jauh.

Dalam majlis itu, beliau sendiri menyampaikan anugerah Filem Terbaik kepada Khadam, yang turut menerima insentif Dana Kandungan Kreatif bernilai RM1 juta berserta trofi.

Selain itu, Khadam membawa pulang sembilan anugerah lain, termasuk Pengarah Terbaik menerusi Shamyl Othman dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang dirangkul pelakon cilik Zarra Zhaf.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU