»IKMAS dengan kerjasama Jakim Sarawak dan Majlis Islam Sarawak (MIS) berjaya menganjurkan Program Khidmat Masyarakat di Kampung Darul Islam Belimbing, Padawan, baru-baru ini.
Yang Dipertua MIS, Datuk Misnu Taha, Pengarah Jakim Sarawak, Ustaz Hamdan Jar’ee dan Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan turut hadir ke program tersebut.
Tetamu jemputan yang hadir mewakili Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ialah Ketua Bahagian Dakwah Jais Ustaz Suharman Edward, Ketua Bahagian Kemajuan Saudara Kita Ustazah Hanisah Datuk Nahrawi dan Pengurus Pusat Penerangan Islam-MIS Tazudin Mokhtar.
Program ini juga melibatkan 24 pelajar Ikmas serta masyarakat Kampung Darul Islam Belimbing.
Objektif program memberi peluang kepada pelajar Ikmas mengaplikasi pengetahuan teori yang dipelajari dalam pelbagai aspek dan meningkatkan keyakinan komunikasi pelajar.
Seterusnya, objektif lain menyemai semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga Ikmas, Jakim dan MIS serta masyarakat setempat.






