ARTIKEL

KIBF kali ketiga pukau Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING sekali lagi dipenuhi keriangan apabila Festival Busking Antarabangsa Kuching (KIBF) edisi ke-3 memeriahkan bandar raya hujung minggu lalu.

Orang ramai berpeluang menyaksikan persembahan jalanan yang bertenaga dari 19 hingga 20 September lalu, bermula jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Festival tahunan ini menghidupkan kawasan Carpenter Street, Ewe Hai Street dan Main Bazaar, menjadikannya pentas ekspresi seni yang meriah.

Pemuzik, penyanyi dan penari berjaya memukau penonton dengan persembahan kreatif sambil bersaing untuk memenangi hadiah menarik.

Selain itu, festival ini turut memperkenalkan sebuah podium khas (soapbox), iaitu ciri baharu untuk ahli Toastmasters dan rakan-rakan berlatih kemahiran berucap di hadapan penonton.

Merry Singers pula mengetuai stesen karaoke dengan memberikan peluang kepada pengunjung untuk membuat persembahan spontan, sekali gus menjadikan suasana lebih meriah dan interaktif.

Salah seorang peserta dan pemenang, JJ Buskers, menyatakan rasa terima kasih kepada penganjur, rakan-rakan penyanyi jalanan (busker) dan semua penonton.

“Kami benar-benar menikmati saat bersama dan sambutan penonton sepanjang dua hari ini sangat mengagumkan.

Kami berharap dapat bertemu lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, pengasas KIBF merangkap Pengerusi Penganjur, Mike Lim, turut meluahkan penghargaan yang mendalam kepada semua penyanyi jalanan kerana berkongsi bakat dan menyerikan bandar raya Kuching.

“Saya berharap anda (busker) berpuas hati dengan sambutan hangat penonton.

Saya tidak sabar untuk berjumpa lagi dan menjadikan KIBF lebih besar pada tahun-tahun akan datang.

“Berhibur di jalanan (busking) memberi peluang kepada pemuzik dan artis untuk menjana pendapatan, memperoleh pengalaman persembahan berharga serta membina pengikut setia, di samping memperkaya ruang awam dengan hiburan secara langsung,” katanya.

Mike turut menekankan harapan agar acara ini dapat diperluas di seluruh Sarawak, bukan sahaja untuk menghiburkan orang ramai tetapi juga sebagai platform kepada penghibur tempatan.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pemenang utama, iaitu JJ Buskers, Akarseni, Intan Buskers, CR Buskers dan D’SessionisT Busker & Band Unity.

Keseluruhan festival ini menggabungkan hiburan, seni dan suasana karnival yang meriah, sekali gus meningkatkan reputasi Kuching sebagai bandar raya yang kaya dengan budaya, bakat dan inovasi.

BERITA LAIN

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU